Selamat Datang Ikhwati Fillah!!

Create your own banner at mybannermaker.com!
Showing posts with label HIJJAZ. Show all posts
Showing posts with label HIJJAZ. Show all posts

Sunday, 7 June 2009

HIJJAZ, IN TEAM, UNIC & MESTICA - Perjalanan ( Isra' Mikraj )



HIJJAZ, IN TEAM, UNIC & MESTICA
- Perjalanan ( Isra' Mikraj )



Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya





By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

Tuesday, 19 May 2009

AZHAN ATAN Feat HIJJAZ - Kerikil Jalanan ( Palestin )




AZHAN ATAN Feat HIJJAZ - Kerikil Jalanan ( Palestin )
( NO LYRICS )



By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

Sunday, 22 March 2009

HIJJAZ - Debu-Debu Dosa




HIJJAZ - Debu-Debu Dosa

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi




By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

HIJJAZ - Dia Kekasih Allah




HIJJAZ - Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah




By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

Friday, 6 February 2009

HIJJAZ - Hijrah Perjuangan



Dihening malam kota Mekah
Rasul berkelana
Dilindung Allah di perjalanan
Di situ sejarah hijrah Rasulullah
Bermula menuju Kota Madinah
Yang menjanjikan sebuah kemenangan

Dikejar musuh dibelakang
Sembunyi di Gua Thur
Dipelihara keselamatan
Menguji kesetiaan seorang sahabat
Bersandar pada mukjizat Nabi
Suatu ketakjuban

Hijrah perjuangan
Demi kebenaran
Menuju kejayaan

Berhijrah menyusun langkah yang lebih teratur
Merancang perjuangan
Berhijrah bukanlah berundur kebelakang
Tapi mengumpul kekuatan




By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

Wednesday, 19 November 2008

HIJJAZ - Hijrah Perjuangan






By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL

Saturday, 25 October 2008

HIJJAZ - Amirul Ummah

HIJJAZ - Amirul Ummah

Ya Rasululah?
Tiada standing dia
Insan paling berjasa
Kasih kepada ummah
Berkorban segalanya

Agar selamat hidup manusia di dunia
Agar selamat hidup manusia di akhirat
Rasulullah

Tiada yernilai budinya
Hikmat iman dan Islam
Al_quran dan sunnahnya
Harta paling berharga

Rasul pemimpin ummah
Penegaka kebenaran
Penentang kejahilan
Syaiful Ummah cahaya menerangi alam maya

Sayang kepada ummah
Dijanjikannya syurga

Biar dicerca atau dihina tetap tabah
Tidak sekali rasa kecewa putus asa
Rasulullah

Demi tuhan yang Esa
Untuk Islam yang mulia
Kerana ummah tercinta
Jiwa dan raga rela kau taruhkan

Rasul penunjuk jalan
Pahlawan yang terbilang
Pembela kebenaran
Khatimun Nabi Rasul sepanjang zaman



By Downloading The File You Are Agree To
Delete It Between 24 Hour After Download Complete
JANGAN SOKONG CETAK ROMPAK
BELI YANG ORIGINAL